Monday, October 27, 2008

PERANCANGAN LATIHAN ILMIAH

Pada peringkat awal saya tidak mempuyai perancangan yang khusus dan teratur untuk menyempurnakan tugasan latihan ilmiah ini. Saya hanya bersikap tunggu dan lihat rakan-rakan yang lain. Ini menyebabkan saya agak ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Pada perinkat ini juga, saya gagal memahami tugasan sebenar yang perlu laksanakan. Sikap malu dan takut bertanya memburukkan lagi keadaan.

Setelah menyedari saya agak ketinggalan, barulah perancangan sebenar bermula. Pada mulanya saya berusaha memahami tugas sebenar saya dengan bertanya kepada rakan-rakan. Setelah memahami tugas yang perlu dilaksanakan, saya mula merancang gerak kerja saya selanjutnya.

Segala perancangan yang difikirkan sesuai, saya akan menulis di dalam nota peribadi saya. Segala idea untuk melaksanakan tugas ini dicatat dalam nota tersebut. Dengan perencangan itu saya melaksanakan tugas saya secara perlahan-lahan dengan bantuan rakan-rakan.

Walaubagaimana pun, perancangan ini masih belum sempurna dan sentaisa diubah suai mengikut kemampuan dan idea baru yang saya dapat.

No comments: