Monday, October 27, 2008

MEMBINA BLOG P&P


Dengan menggunakan email yang sama saya membina satu lagi blog iaitu blog P&P. Proses membuat blog p&p hampir sama dengan proses membina blog peribadi. Saya menamakan blog ini sebagai “PENDIDIKAN ISLAM KBSM”. Bentuk blog ini juga mempunyai tiga bahagian. Satu bahagian saya khaskan untuk link video yang berkaitan solat dari you tube.



Sebelum membuat blog pnp ini, saya melakarkan dahulu bentuk blog yang hendak saya bina di atas kertas kosong. Saya fikir bentuk yang dirasakan paling sesuai kemudian dilakarkan keatas kertas tersebut. Setelah selesai mambuat lakaran, saya terus memilih template yang menepati lakaran yang telah saya sediakan. Warna tamplate yang dipilih mengikut warna yang saya sukai.



Bahagian pertama yang diisi dalam blog ini ialah link video dari you tube. Sebelum membuat link tersebut, saya terlebih dahulu memilih video yang sesuai demgan tajuk saya di you tube. Kata kunci yang digunakan untuk mencari video ialah “cara mengerjakan sembahyang” dan “sifat solat nabi”. Saya dapati terlalu banyak video yang berkaitan solat. Terdapat lebih kurang lima video yang berkaitan solat termasuklah dua daripadanya kuliah tentang solat yang dirakam di surau. Manakala tiga lagi video yang dibuat khas untuk mengajar orang sembahyang. Tajuk ketiga-tiga video tersebut ialah “sifat solat nabi”, “cara sembahyang (gambar dalam bentuk kartun)” dan “cara sembahyang (versi Indonesia)”. Diantara ketiga video tersebut, saya memilih video yang bertajuk “sifat solat nabi” kerana penerangan yang ditunjukkan dalam video ini lebih jelas dan dalil yang digunakan daripada sumber yang soheh daripada Al-Quran dan Hadis yang menepati kehendak Islam.



Saya juga membuka satu ruang link ke laman web lain yang berkaitan solat supaya pelajar dapat mencari lebih banyak maklumat mengenai solat. Membuat ruangan ini sangat mudah kerana tamplate yang asal telah menyediakan ruangan link. Saya hanya menukar alamat laman web yang asal kepada alamat laman web yang hendak dihubungkan di dalam HTML. Saya juaga membuka satu ruangan link khusus untuk blog P&P yang dihasilkan oleh rakan-rakan latihan Ilmiah yang lain.



Saya turut membuka satu ruangan khas chating. Ruangan ini bertujuan supaya pengunjung blog saya dapat member komentar secara langsung disamping dapat berkongsi pendapat.

No comments: