Monday, October 27, 2008

PEMILIHAN TAJUK UNTUK DIMASUKKAN DALAM BLOG P&P DAN PEMILIHAN RUJUKAN

Setelah mendapat tugasan daripada penyelia saya iaitu Dr. Hajjah Siti Fatimah Binti Mohd Yassin, saya terun memikirkan pemilihan tajuk yang terdapat dalam Pendidikan Islam KBSR. Setelah meneliti tajuk-tajuk yang ada dalam KBSR dari tingkatan satu hungga tingkatan lima, saya membuat keputusan untuk memilih tajuk berkenaan solat, iaitu satu sub topik yang terdapat dalam silibus Pendidikan Islam tingkatan satu. Pemilihan tajuk ini dilakukan atas dasar pemerhatian saya terhadap orang Islam zaman sekarang khususnya pelajar Islam di sekolah menengah yang kebanyakan dikalangan mereka meninggalkan solat. Pemerhatian ini dijalankan secara tidak sengaja sekolah menengah harian biasa. Kebenaran pemerhatian ini dapat dibuktikan dengan kajian-kajian yang telah di jalankan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini.

Atas dasar itulah saya merasakan perlunya saya membina laman web berkaitan solat supaya mudah-mudahan ia dapat membantu mengurangkan sedekit masalah yang dihadapi oleh umat Islam sekarang. Blog ini bukan sahaja mengandungi cara solat yang betul seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, juga mengandungi kuliah-kuliah yang boleh membantu memberi kesedaran kepada pelajar supaya mereka tidak meninggalkan solat.

Juga dimuatkan dalam blog ini cara yang betul mengerjakan solat bertujuan untuk membantu umat Islam khususnya pelajar Islam untuk membetulkan cara solat mereka. Kita dapat melihat bagaimana keadaan umat Islam yang bersolat pada hari ini, mereka banyak melakukan kesalahan dan bid’ah ketika bersolat dan mereka meninggalkan banyak perkara yang menyebabkan selat mereka tidak sempurna. Oleh itu, dengan adanya blog ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pelajar mahupun orang Islam yang lain untuk membaiki keadaan solat mereka.

Saya banyak menggunakan buku rujukan yang dijadikan panduan untuk menulis isi kandungan blog saya. Saya mendapatkan buku-buku tersebut di perpustakaan UKM. Di antara buku yang banyak saya gunakan ialah “Fiqh Manhaj Al-Syafie” dan “sifat solat Nabi”. Saya juga menggunakan CD hadis untuk megeluarkan hadis-hadis soheh. Penggunaan CD hadis ini juga membolehkan saya mengesahkan taraf sesuatu hadis itu samada soheh, Hassan, ahad, marfu’, maudu’ dan sebagainya.

No comments: