Friday, October 24, 2008

MEMBINA BLOG YANG PERTAMA (BLOG PERIBADI)


Berbagai kepayahan dan kesukaran terpaksa ditempuhi untuk membuat blog ini. Maklumlah saya sebelum ini tidak pernah langsung terlibat dalam membuat blog. Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan saya dah boleh buat sikit-sikit dalam keadaan merangkak-rangkak. Sehingga sekarang saya masih tidak mampu lagi untuk menghiasi blog saya sehebat blog orang lain kerana kemahiran atau kefahaman saya tentang pembinaan blog ini amat sedikit.
Dengan tunjuk ajar rakan-rakan, pertama sekali saya membina satu email di gmail. saya menanakan email itu sebagai "fakrudin1985@gmai.com"..dengan menggunakan email tersebut,saya dapat mendaftar di laman web blogger dan membina blog saya sendiri. Setelah mendaftar, saya dengan bantuan rakan-rakan, memilih tamplate yang difikirkan sesuai. Terlalu template yang dicadangkan oleh rakan-rakan membuatkan saya terpinga-pinga untuk memilih. Saya membuat keputusan untuk memilih tamplate yang mempunyai tiga ruang. selepas itu, saya memilih satu kuliah agama yang sangat kelakar di youtube dan di linkkan ke blog saya. Seterusnya saya membuka blog isi ukm dan mengambil beberapa perkara yang menarik untuk dimuatkan di dalam blog saya seperti jam digital, laman chat, jadual waktu solat, dan ruangan pengumuman. Saya mengambil item-item tersebut dengan menyalin html daripada blog isi tersebut kedalam blog saya. Akhir sekali saya memasukkan gambar penyelia iaitu Dr. Hajjah Siti Fatimah binti Mohd Yassin dan Dr. Saemah binti Abdul Rahman serta gambar-gambar rakan-rakan latihan ilmiah yang lain.

No comments: