Monday, October 27, 2008

BELAJAR MEMBUAT LINK VIDEO DI YOUTUBE

Saya belajar membuat link video di you tube dengan tunjuk ajar rakan-rakan. Pada mulanya saya rasa hendak membuat kerja ini tentu sukar. Tetapi setelah belar dengan rakan-rakan, sebenarnya ia tidaklah sesukar yang disangka. Saya hanya perlu menyalin HTML yang berkaitan ke dalam HTML blog saya sahaja.

Untuk membuat link ini, saya telah membuka blog ISI UKM untuk mengambil HTML berkaitan dalam blog tersebut. Saya menyalin HTML link tersebut ke dalam blod saya selepas itu, saya membuka laman you tube untuk memilih video yang hendak di linkkan dengan blog saya. Selepas memilih video tersebut, saya terus menyalin alamat video tersebut ke dalam blog saya.

Selepas itu saya mengecilkan saiz paparan video tersebut dengan mengeditnya di alamat yang telah di salin semula di dalam HTML blog peribadi saya. Pengecilan saiz paparan ini bertujuan untuk member ruang yang lebih besar kepada ruangan post artikal daisamping dapat mencantikkan lagi pemandangan blog peribadi saya.

No comments: