Monday, October 27, 2008

MENANGANI MASALAH POST

Berbagai masalah dihadapi ketika mendak post isi kandungan P&P dalam blog P&P. Perkara ini berlaku kerana saya menulis isi kandungan P&P didalam Microsoft word terlebih dahulu. Setelah selesai semua isi kandungan P&P yang ditulis didalam Microsoft word, barulah saya copy semula tulisan tersebut ke dalam ruanagan post di dalam blog. Apabila telah di posting isi kandungan tersebut, saya dapati banyak perka yang tidak menepati tulisan asal antaranya, nombor-nombor dalam tulisan asal tidak keluar, tulisan arab yang berbentuk matan hadis Rasulullah s.a.w menjadi kecil, forn tulisan berubah dan menjadi kecil dan akhir sekali tidak ada format ayat Al-Quran menyebabkan tulisannya tidak keluar.

Bagi mengatasi masalah ini, saya terpaksa menulis semula isi kandungan tersebut di dalam ruanagan new post. Saya tidak lagi menggunakan kaedah copy and paste daripada Microsoft word ke ruagan new post. Walaupun terpaksa membuat kerja dua kali saya tabahkan hat melakukannya dan berjaya melakukannya. Walaubagaimanapun ayat Al-Quran tetap tidak dapat dimasukkan kerana tidak ada forn ayat Al-Quran di dalam blog tersebut. Akhirnya saya terpaksa tidak meletakkan ayat Al-Quran tersebut dan hanya meletakkan maksudnya sahaja.

No comments: