Thursday, November 20, 2008

MEMBINA BLOG ANALISIS WEB


proses membina bolg ini sama sahaja seperti blog-blog lain. bermula dengan pembinaan tapaknya di http://www.blogger.com/. Selepas itu, saya memilih templet yang saya difikirkan sesuai. Templet yang saya pilih untuk blog ini bertemakan hijau. Selepas selesai membuat tapak blog ini, saya terus mengisi isi-isi posting yang telah saya siapkan di microsoft word sebelum itu. Seterusnya saya menghiasi blog ini dengan item-item yang menarik di tepinya seperti ruangan chating, jam dan ruangan link ke blog-blog saya yang lain dan blog-blog p&p rakan-rakan latihan ilmiah yang lain

Monday, October 27, 2008

MENCARI LAMAN WEB ATAU BLOG YANG BERKAITAN SOLAT

Selepas memilih tajuk saya terus mencari laman web atau blog yang berkaitan dengan cara mengerjakan solat. engin pencarian yang digunakan untuk mencari bahan-bahan tersebut ialah engine pencarian yahoo dan google. Kata kunci yang digunakan untuk mencari laman web atau blog tersebut ialah :

  • Sembahyang
  • Solat
  • Cara sembahyang
  • Cara mengerjakan sembahyang
  • Cara mengerjakan solat
  • Gambar sembahyang
  • Cara khusyuk dalam solat
  • Solat yang sempurna
  • Kemanisan bersolat dan banyak lagi

Seterusnya saya memilih laman web yang bersesuian dengan kata kunci tersebut. Selepas memilih sesuatu laman web tersebut, saya membaca sepintas lalu untuk memastikan kesesuian dengan kata kunci yang saya pilih. Saya hanya memilih laman web yang didapati sesuai atau menepati kata kunci, manakala laman web yang tidak sesuai dengan kata kunci diabaikan. Seterusnya saya menyalin semula semua alamat laman web yang difikirkan sesuai didalam Microsoft Word.

MEMBINA BLOG REFLEKSI


Blog yang ketiga saya bina ialah blog refleksi. Pembinaan blog ini hamper sama dengan pembinaan blog-blog yang sebelumnya. Dengan menggunakan email yang sama iaitu “fakrudin1985@gmail.com”, saya membina blog yang ke tiga ini.



Beza blog ini dengan blog yang sebelumnya ialah blog ini hanya mempunyai dua bahagian iaitu bahagian artikal yang di post dan seperti tentang diri pengarang. Selain itu blog ini mempunyai dua ruang kosong di kedua-dua bahagian kiri dan kanan blog.



Isi kandungan blog ini ditulis di dalm Microsoft word terlebih dahulu sebelum dipostkan di dalam blog. Selepas selesai menulis sesuatu isi kandungan blog ini di dalam Microsoft word, saya akan menyemak terlebih dahulu dan membetulkan jika terdapat kesalahan dalam penulisan saya. Selepas selesai memeriksa, barulah saya akan “copy and paste” artikal tesebut didalam ruangan “new posting”. Selepas selesai post artikal tersebut, saya akan melihat kembali artikal tersebut di dalam blog untuk diperiksa sekali lagi. Jika terdapat kesalahan saya hanya perlu membetulkannya di ruagan “edit post”.

MENANGANI MASALAH POST

Berbagai masalah dihadapi ketika mendak post isi kandungan P&P dalam blog P&P. Perkara ini berlaku kerana saya menulis isi kandungan P&P didalam Microsoft word terlebih dahulu. Setelah selesai semua isi kandungan P&P yang ditulis didalam Microsoft word, barulah saya copy semula tulisan tersebut ke dalam ruanagan post di dalam blog. Apabila telah di posting isi kandungan tersebut, saya dapati banyak perka yang tidak menepati tulisan asal antaranya, nombor-nombor dalam tulisan asal tidak keluar, tulisan arab yang berbentuk matan hadis Rasulullah s.a.w menjadi kecil, forn tulisan berubah dan menjadi kecil dan akhir sekali tidak ada format ayat Al-Quran menyebabkan tulisannya tidak keluar.

Bagi mengatasi masalah ini, saya terpaksa menulis semula isi kandungan tersebut di dalam ruanagan new post. Saya tidak lagi menggunakan kaedah copy and paste daripada Microsoft word ke ruagan new post. Walaupun terpaksa membuat kerja dua kali saya tabahkan hat melakukannya dan berjaya melakukannya. Walaubagaimanapun ayat Al-Quran tetap tidak dapat dimasukkan kerana tidak ada forn ayat Al-Quran di dalam blog tersebut. Akhirnya saya terpaksa tidak meletakkan ayat Al-Quran tersebut dan hanya meletakkan maksudnya sahaja.

BELAJAR MEMBUAT LINK VIDEO DI YOUTUBE

Saya belajar membuat link video di you tube dengan tunjuk ajar rakan-rakan. Pada mulanya saya rasa hendak membuat kerja ini tentu sukar. Tetapi setelah belar dengan rakan-rakan, sebenarnya ia tidaklah sesukar yang disangka. Saya hanya perlu menyalin HTML yang berkaitan ke dalam HTML blog saya sahaja.

Untuk membuat link ini, saya telah membuka blog ISI UKM untuk mengambil HTML berkaitan dalam blog tersebut. Saya menyalin HTML link tersebut ke dalam blod saya selepas itu, saya membuka laman you tube untuk memilih video yang hendak di linkkan dengan blog saya. Selepas memilih video tersebut, saya terus menyalin alamat video tersebut ke dalam blog saya.

Selepas itu saya mengecilkan saiz paparan video tersebut dengan mengeditnya di alamat yang telah di salin semula di dalam HTML blog peribadi saya. Pengecilan saiz paparan ini bertujuan untuk member ruang yang lebih besar kepada ruangan post artikal daisamping dapat mencantikkan lagi pemandangan blog peribadi saya.

PERANCANGAN LATIHAN ILMIAH

Pada peringkat awal saya tidak mempuyai perancangan yang khusus dan teratur untuk menyempurnakan tugasan latihan ilmiah ini. Saya hanya bersikap tunggu dan lihat rakan-rakan yang lain. Ini menyebabkan saya agak ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Pada perinkat ini juga, saya gagal memahami tugasan sebenar yang perlu laksanakan. Sikap malu dan takut bertanya memburukkan lagi keadaan.

Setelah menyedari saya agak ketinggalan, barulah perancangan sebenar bermula. Pada mulanya saya berusaha memahami tugas sebenar saya dengan bertanya kepada rakan-rakan. Setelah memahami tugas yang perlu dilaksanakan, saya mula merancang gerak kerja saya selanjutnya.

Segala perancangan yang difikirkan sesuai, saya akan menulis di dalam nota peribadi saya. Segala idea untuk melaksanakan tugas ini dicatat dalam nota tersebut. Dengan perencangan itu saya melaksanakan tugas saya secara perlahan-lahan dengan bantuan rakan-rakan.

Walaubagaimana pun, perancangan ini masih belum sempurna dan sentaisa diubah suai mengikut kemampuan dan idea baru yang saya dapat.

MELAJAR MENGGUNA YAHOO GROUP

Setelah tamat kursus kemahiran komputer dalam pendidikan yang diselia oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin pada tahu satu dahulu, saya tidak lagi membuka group yang dibina pada masa itu. Ini menyebabkan saya telah lupa menggunakannya.

Apabila memasuki group latihan ilmiah ini, saya terpaksa belajar semula menggunakan yahoo group. Walau bagaimanapun ia tidaklah sesusah membuat blog memandangkan saya pernah menggunakannya dahulu. Saya hanya perlu belajar melalui kaedah cuba jaya. Kaedah ini berjaya memahirkan semula saya dalam penggunaan yahoo group ini tanpa bantuan rakan-rakan.